rilis tensen.... *(^O^)*

Cucur Udang

Ali bengang giler bile dia dapati cucur udang yg dibeli x de sekor udang pun kat dlm nye. lalu dia pun pi balik ke gerai makcik jual kuih tu..
Dgn panas hati dia tanye kat makcik yg jual tu... "makcik apsal cucur udang ni sekor udang pun x de?!"
Makcik yg jual tu pn dgn selambernye menjawab "abih tu yg ko beli cucur badak ada x badak kat dlmnya?! Camne plak dgn cucur kodok, ade x kodok yg melompat kat ko?!

Ali rase mcm nk bunuh diri dgn jawapanyg diberi makcik tadi.... XD
---------------------------------

Sumpah Seranah

Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek. hari dah nak masuk maghrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tusempit, lampu jalan tak de pulak.
Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit. Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit "Hoi.. Ba*iiiiiiiii....... Slow sikit....." Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas "Celaka!!!!! F**k you!!!".." Bagerooo..." sedap jer cakap bab*...." Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat.... Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut.. Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semakmanakala motosikal nya remuk sama sekali. Rupa-rupanya, dia dah langar b*bi yang telah dilanggar oleh perempuan tadi.

(Moral of the Story : "Hoi b*bi!!!!!!!! slow skit!!!!" tu bukanya marah... tapi nak bagi tau jer....yang ada b*bi tergolek kat depan....hehehehehehe) -----------------------------------------------------------------------------
kisah pekerja baru


Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...
"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.
"Maaf,
Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian. "Tidak" Jawab Rosman.
"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.
"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.
"Kalau Tak Tahu Bagus...!" Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon ------------------------------------------------------------------------------
Pegang

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!! Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#.....

--------------------------------------------------------------------------
Bihun vs Mee

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun. Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya. Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"
-------------------------------------------------------------------------------

Ah Chot

Ah chot berada di pejabat JPJ untuk menyudahkan lesen P nya. Ah chot yang berasa sedikit gementar dengan perkara itu sebab die baru pertame kali pergi ke pejabat JPJ. Ah chot memegang erat sekeping gambar pasportnya. Tiba-tiba Ah chot terbersin "hacoouu!!!!!". Gambar di tangan die hilang. Die tunduk untuk cari gambar tu atas lantai. Die nampak gambar tu berada di bawah kerusi seorang wanita. Die pergi depan wanita itu. Wanita itu terkejut melihat Ah chot berada di depannya. Die rasa Ah chot ingin cakapkan sesuatu. Ah chot pon tunduk sikit, die pon cakap " kak boleh tak angkat skit kain tu ? saya nak amik gambar"
---------------------------------------------------------------------------------

Teruna & Dara

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!

Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara: MAhukah kau menciumku?
Teruna: Ya!

Dara: Sayangku….!

Sesudah 5 tahun perkahwinan…. -------->>> Sila baca dari bawah keatas ---------------------------------------------------------------------------
Lawak Budi Bahasa LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!


Hahahaha...
Semoga lawak sengal kat atas ni ley wat korang ketawa
(or atleast senyum)
XOXO

0 Response to "rilis tensen.... *(^O^)*"